Menu
Airbus A310 MRTT Rekabentuk dan pembangunanA310 MRTT merupakan pesawat untuk kegunaan ketenteraan yang dibangunakan berdasarkan pesawat penumpang Airbus A310. Pesawat ini mempunyai dwi-fungsi iaitu sebagai pesawat penangki udara dan juga pesawat pengangkut/kargo.
Pesawat ini dikeluarkan dan diubahsuai oleh EADS/Airbus. Pengubahsuaian yang telah dilakukan termasuk;
Rekabentuk pod dan kerja mengukuhan sayap pesawat telah dianugerahkan kepada ITD SA, pada masa itu merupakan sebahagian daripada Kumpulan ITP.
Luftwaffe Airbus A310 MRTT bersedia untuk melakukan proses pengisian minyak di udara, fota diambil semasa Pameran Udara Paris 2007Luftwaffe Airbus A310 MRTT di Pameran Udara Paris 2007Pesawat A310 MRTT August Euler milik LuftwaffeUnit MEDEVAC.Luftwaffe yang telah menjadi pelanggan pertama pesawat MRTT, telah menukarkan empat dari tujuh buah pesawat A310. Angkatan Tentera Kanada pula menukarkan dua daripada lima buah pesawat A310, yang lebih dikenali sebagai CC-150 Polaris dalam perkhidmatan tentera Kanada, kepada konfigurasi A310 MRTT.
Meskipun pesawat MRTT pada masa kini menggunakan teknik pemindahan minyak probe and drogue, EADS telah melabur sebanyak AS$90 juta bagi membuat penyelidikan dan pembangunan teknik sistem pemindahan api rectractable boom sepertimana yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. EADS sekarang telah menawarkan pesawat penangki selain daripada pesawat A310 iaitu pesawat A330 MRTT yang dilengkapi dengan peralatan retractable boom.
A310 MRTT adalah lebih kecil berbanding A330 MRTT. Sejak pengeluaran pesawat baru A310 dihentikan, penukaran kepada konfigurasi MRTT hanya boleh dilakukan dengan menggunakan pesawat penumpang yang diperbaharui, atau meningkat upaya pesawat A310 yang telah digunakan oleh tentera udara (pilihan yang dibuat oleh Jerman dan Kanada). sebagai sebuah pesawat penangki, ia memiliki muatan bahan api yang sama dengan pesawat KC-135R. Bagaimanapun, dengan kehadiran kabin yang lebih besar, pesawat ini lebih fleksibel, menawarkan muatan yang baik bagi kegunaan kargo, pengangkutan anggota tentera dan orang kenamaan, atau untuk kegunaan lain. Kekurangan pesawat ini hanyalah keupayaannya untuk mendarat di atas permukaan landasan yang kasar bagi melayakkan pesawat ini menjadi sebuah pesawat pengangkut strategik. Airbus berharap dapat menjual pesawat ini ke negara-negara yang mahu mengantikan pesawat Boeing 707 yang digunakan sebagai pesawat tangki.
Menu
Airbus A310 MRTT Rekabentuk dan pembangunanBerkaitan
Rujukan
WikiPedia: Airbus A310 MRTT http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airforce-technology.com/projects/mrtt/ http://www.airforce-technology.com/projects/mrtt/s... http://www.airtanker.co.uk